JellyPages.com

Friday, 7 December 2012

Latihan Pengukuhan

A.Warnakan haiwan yang makan tumbuhan sahaja.

B. Tuliskan huruf "K" bagi haiwan yang makan haiwan sahaja.

C. Labelkan jawapan yang sesuai.




Wednesday, 5 December 2012

Makanan Haiwan

1. Haiwan memerlukan makanan untuk hidup.
2. Haiwan berlainan makan makanan yang berlainan.
3. Ada haiwan yang makan tumbuhan sahaja.
4. Ada haiwan yang makan haiwan lain.
5. Ada juga haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain.

HAIWAN YANG MAKAN TUMBUHAN SAHAJA
a) Haiwan yang makan daun/rumput.

b) Haiwan yang makan buah.



c) Haiwan yang makan madu bunga.


HAIWAN YANG MAKAN HAIWAN SAHAJA
a) Haiwan yang makan haiwan lain.



b) Haiwan yang menghisap darah haiwan lain.



HAIWAN YANG MAKAN TUMBUHAN DAN HAIWAN 






Tuesday, 27 November 2012

Tahukah anda?


                             http://www.youtube.com/watch?v=i86Ah2tvnFU&feature=player_detailpage


Tenggiling(Malayan Pangolin) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Manis javanica.

Tenggiling boleh didapati di Asia Tenggara.

Tenggiling ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang, kelas Mamalia.

Sebagai mamalia, Tenggiling merupakan haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak dan mempunyai bulu di badan. Ia akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Jantung tenggiling terdiri daripada 4 kamar seperti mausia. Kamar atas dikenali sebagai atrium manakala kamar bawah pula dikenali sebagai ventrikel.

Makanan utama tenggiling ialah semut dan anai-anai.

Biasanya, ia suka berehat dalam lubang-lubang yang terdapat pada bahagian akar pokok yang besar dan juga mengorek lubang dalam tanah. Tenggiling juga suka bersembunyi dalam semak atau jerami.

Tenggiling merupakan haiwan yang dilindungi dan memerlukan lesen pemburuan. Apabila ia merasakan bahaya, ia akan menggulungkan tubuhnya sebagai satu pertahanan dengan menggunakan sisiknya yang keras.

Thursday, 22 November 2012

Latihan Pengukuhan
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

air     makanan      bahaya      keperluan asas      udara

1. Seperti manusia, haiwan juga mempunyai ___________________.

2. Haiwan perlukan __________ untik bernafas.

3. Haiwan ____________ untuk mendapatkan teanaga, membesar dan melawan penyakit.

4. Haiwan perlukan __________ untuk menyejukkan badan dan membersihkan diri.

5. Haiwan perlukan tempat perlindungan untuk mengelak daripada ___________ dan cuaca.

Saturday, 10 November 2012

Keperluan Asas Haiwan


 
1.       Haiwan memerlukan keperluan asas untuk hidup.

2.       Keperluan asas haiwan ialah makanan, air, udara dan tempat perlindungan.

3.       Haiwan bernafas untuk mendapatkan udara.

4.       Haiwan memerlukan tempat perlindungan untuk hidup dengan selamat.

5.       Tanpa makanan, air, udara dan tempat perlindungan, haiwan akan mati.
 
Haiwan perlu makanan untuk hidup.

                  

Haiwan perlu minum air untuk hidup.
 



 
Haiwan perlu udara untuk hidup.



Terdapat pelbagai jenis tempat perlindungan haiwan.